Saturday, March 5, 2011

MAJLIS PERPISAHAN

Seperti yang semua sudah tahu, guru Fizik, Pn.Tan Tee Hwa merangkap Penolong Kanan Tadbir sekolah telah pun meninggalkan sekolah kerana menerima tawaran kenaikan pangkat sebagai Pengetua di Sek Men Convent Sentul. Kita juga telah kehilangan seorang pembantu makmal yang banyak berjasa kepada guru, murid-murid dan sekolah dalam penyelenggaraan makmal Kimia kerana bersara. 

Sebagai tanda peringatan, Kelab Staff Sekolah telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan di Restoran Nelayan, Titiwangsa pada 15 Januari yang lalu. Majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan mereka, tetapi meraikan juga guru yang berpindah iaitu Pn.Siti Zabedah dan Pn. Suhaila. 

Ramai guru yang hadir termasuk pihak pentadbir dan jawatankuasa tertinggi PIBG. Majlis telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Semua tetamu dijamu dengan makanan yang enak dan mereka yang diraikan telah menerima cenderahati dan hadiah sebagai tanda kenangan. 

Kita ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Pn. Tan Tee Hwa, selamat beristirahat kepada Pn. Zaiton dan selamat maju jaya kepada Pn. Siti Zabedah dan Pn. Suhaila. Jasamu dikenang ^_^



Dari kiri (belakang) : Pn. Noraini, Pn. Zailinda, Pn. Tan Tee Hwa, Pn. Mahmudah, En. Mohd.Fairuzrizam
Dari kiri (hadapan)  : Cik Azizah, Pn. Nuriah, Pn. Junaidah, Pn. Zaiton, Pn. Rohani

No comments:

Post a Comment