Monday, March 7, 2011

UJIAN PERTAMA PELAJAR TINGKATAN 4

Ujian kali pertama pelajar Tingkatan 4 akan bermula pada 8 hingga 11 Mac 2011.

Panitia Sains mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua pelajar tingkatan 4 ^_^

UJIAN INTERVENSI KALI PERTAMA TINGKATAN 3 DAN 5

Ujian Intervensi yang pertama untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 telah berlangsung pada :

Tingkatan 3 : dari 14 hingga 23 Februari 2011

Tingkatan 5 : dari 14 Februari hingga 2 Mac 2011

Analisis keputusan peperiksaan untuk subjek Sains, Biologi, Fizik dan Kimia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

MESYUARAT PPSMI KALI PERTAMA

Mesyuarat PPSMI buat keli pertama pada tahun ini telah dibuat pada hari Selasa, 21 Februari 2011. Antara perkara yang dibincangkan adalah :

1. Proses Pencerapan guru berserta laporan pencerapan. Semua guru telah diberi jadual pencerapan dan hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
2. Guru mesti meningkatkan proses P&P dengan menggunakan ABM dengan kerap.
3. Guru sains boleh menggunakan 2 buah mikrofon untuk mengajar.
4. Analisis PMR 2010 dan Peperiksaan Akhir Tahun pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
5. Perancangan strategik untuk pencapaian PMR & SPM pada tahun ini.

Mesyuarat ditamatkan pada jam 3:00 petang.

Saturday, March 5, 2011

MAJLIS PERPISAHAN

Seperti yang semua sudah tahu, guru Fizik, Pn.Tan Tee Hwa merangkap Penolong Kanan Tadbir sekolah telah pun meninggalkan sekolah kerana menerima tawaran kenaikan pangkat sebagai Pengetua di Sek Men Convent Sentul. Kita juga telah kehilangan seorang pembantu makmal yang banyak berjasa kepada guru, murid-murid dan sekolah dalam penyelenggaraan makmal Kimia kerana bersara. 

Sebagai tanda peringatan, Kelab Staff Sekolah telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan di Restoran Nelayan, Titiwangsa pada 15 Januari yang lalu. Majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan mereka, tetapi meraikan juga guru yang berpindah iaitu Pn.Siti Zabedah dan Pn. Suhaila. 

Ramai guru yang hadir termasuk pihak pentadbir dan jawatankuasa tertinggi PIBG. Majlis telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Semua tetamu dijamu dengan makanan yang enak dan mereka yang diraikan telah menerima cenderahati dan hadiah sebagai tanda kenangan. 

Kita ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Pn. Tan Tee Hwa, selamat beristirahat kepada Pn. Zaiton dan selamat maju jaya kepada Pn. Siti Zabedah dan Pn. Suhaila. Jasamu dikenang ^_^



Dari kiri (belakang) : Pn. Noraini, Pn. Zailinda, Pn. Tan Tee Hwa, Pn. Mahmudah, En. Mohd.Fairuzrizam
Dari kiri (hadapan)  : Cik Azizah, Pn. Nuriah, Pn. Junaidah, Pn. Zaiton, Pn. Rohani

MESYUARAT PANITIA SAINS 2011 YANG PERTAMA

Masyuarat Panitia Sains yang pertama pada tahun ini telah diadakan pada 11 Januari 2011, di Makmal Sains KBSM 2, jam 1.30 p.m.

Antara perkara yang dibincangkan adalah :

1.  Analisis Peperiksaan PMR 2010.
2.  Pembahagian tugasan guru-guru sains seperti penyelaras makmal, membuat soalan ujian dan penyemakan buku nota murid.
3.  Post-mortem aktiviti dan hal-hal berbangkit pada tahun lepas.
4.  Perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini.
5.  Langkah-langkah untuk memperkasakan lagi P&P khususnya subjek Sains, Biologi, Kimia & Fizik.
6. Memperkenalkan guru Sains yang baru iaitu Cik Mardhiah binti Azmi

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 p.m.



                     Guru Sains sibuk berbincang isu-isi yang dibangkitkan


   
                          Pengetua juga adalah guru Kimia sekolah ^_^


                               Guru Sains yang khusyuk mendengar : )


                    Yang paling 'happy' bermesyuarat adalah Cikgu Noraini ^_^